Tuesday, August 2, 2011

1st of RAMADAN.

assalamualaikum,,,selamat berpuasa buat teman-temanku sekelian.
oke. aku nak cerita pengalaman berpuasa aku tahun nih.
kenapa aku nak cerita ? ? ?
sebab tahun ni first time aku bekerja dalam puasa. . . haaa,,, rajin tak aku ? hahaha ! cari duet buat shoping jek . lalalala~ :D
aku sebenarnye baru jek nak masuk 2 minggu keje kat sini. sementara jek. t dapat keje lain,,chow lahh.
azam aku bulan pose ni nak jd bisu, pekak n buta drpd bercakap, mendengar n melihat perkara-perkara yg tak berfaedah.
 tapi,,1st day puasa kt tmpat keje nih,, lain plak jadi nye. minah-minah nihh,,tak abes2 mengumpat.nak buat tak dengar,,,mmg aku dengar jugak lahh kan?  cakap tu macam ade mic kat mulut sorang-sorang,speaker merata-rata. huh. hangin jugak la aku. sampai sakit kepala nihh. lepas tu bley plak tanye kat aku kan,,kenape aku senyap jek? baikkk punye soalan lahh tu. nasib la aku budak baru. =.=
kalo da lame,, mmg aku da sound direct jek. hahaha 1 (*mcm berani sgt ! )
seriously, aku agak sedih la dengar topik perbualan diorang nih. masuk dua hari puasa ni, tade benda lain diorang nak bincang selain daripada mengata orang n bercakap pasal makanan.
aku bukan lah ape sangat. bukan nak tunjuk baik jugak. tapi bila aku da berada antara diorang,,,maknanya aku pun terkena sekali la tempiasnye. hmm,,,sabar je lahh.


oke, ni ada nak kongsi sket...

 Matlamat puasa itu bukan hanya memelihara kewajipan-kewajipan lahiriahnya, bahkan memelihara kewajipan-kewajipan bathiniyahnya. Al-Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan bathiniyah puasa itu antara lain seperti berikut:

        1) Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menggangu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

        2) Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria.

        3) Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya:





Tafsirnya: “Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.”

    (Surah Al-Ma’idah: 42)


       4) Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan yang syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang yang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana, kemudian dia menghancurkan sebuah kota (kerana dalam kota ada istana itu).

        5) Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Monday, July 18, 2011

. PeniNg + KeLiRu = DiLeMa .

keje blaja keje blaja keje blaja keje blaja keje blaja ? ? ?
haihhh ! serabot da rase . aku nak blaja . tp aku nak keje . waaaa ~ macam mane nihh ? ? ?
yang mane satu nak buat dulu eh ? hmmm . . . rase nak tuka course pon ade . ><"
hari-hari muka aku jadi macam nih selagi belom ade keputusan yg dibuat . arghhh ! tension !

Sunday, July 17, 2011

nothing to display ~

lalala~ saje nak update jugak. sebab baru lepas make over dis blog ! wahahaha ~ :D
even sket je aku add on kt blog ni,,at least,ade gak perubahan kann? asyik same jek layout nye, aku pon da tade mood nak update. ape lagi nak tengok. hehehe. pape pon sume ni dirujuk drpd blog duniaku emieysandra yang ade mcm2 tutorial utk blogger2 sume..... thanx a lot ! :)

Wednesday, May 25, 2011

.terjaga dari lena yang panjang.

....assalamualaikum,selamat pagi.
ini bukan kisah bangun pagi,,,ini kisah sebuah kegagalan. gagal dalam hidup?? huh ! itu laa yg aku rasa. macam-macam perasaan ada . . . mungkin ini pengajaran buat aku. . . supaya lepas ni tak kan bermimpi di siang hari lagi. . bila da gagal macam ni,,aku rasa macam terbangun dari mimpi-mimpi aku selama nihh. . . .macam x percaya. apa yang aku takut-takutkan selama ni,,da pon terjadi,,, apa bley buat,,,nasi da jadi bubur. . cuma aku harap n aku akan pastikan yang aku takkan ulanginya lagi,, :'(
thanx a lot to all my friends for your support.
sies. aku rasa macam jatuh yang da tak bley na bangun lagi,,,,
tapi,, bak kata pepatah,,gagal sekali,tak bermaksud gagal untuk selama-lamanya kann?
just think positive. mungkin ada hikmah di sebaliknya,,, siapa tau,,btol x?
special thanx to Naqiu , , , sebab setia mendengar masalah aku nihh,,,tatao la kenapa aku lebih suka ceritakan masalah aku kat dia, bukan kesayangan aku tuhh,, hee~
hmm,, maybe sebab da lama kenal kot,,, kalau la si tuttt tao,,mati aku,, hahahahaa
betul jugak apa yg dia cakap, , , perkara da lepas. . menangis air mata darah sekali pon,, tak kan dapat ubah exam result aku n still kena amik supplementary exam tuu,, next week da exam,,so,, lebih baik aku fokus n siapkan diri untuk exam tu nanti,, :)
THINK POSITIVE !

Wednesday, May 18, 2011

sweet M e M o R i E S - 1 1 APRIL 2 0 1 1 -

sangat2 rindu pada ex-gtc,,,ekk? bukan laa,,,rindu kt kawan2 kt uitm dungun terchenta,,, :'(
especially DAIS B laa kann,,sbb aku tak la rapat sangat ngan grup A,,,terase sia2 3taon dlm course yg same,,,da las2 minit baru nak bebaik,,tu pon sebab ade gathering before holiday~
hmmm,,,cerita pasal grup B ni kann,,,banyak aktiviti yang dah kitorang buat bersama2 sepanjang semester 6 nihh,,,seronok ! kalau nak list satu-satu tu memang tak ingat la kann,,,
da sem6 nih,,rasa mcm sgt2 pendek bagi kitorang yg da terpisah selama 6 bulan sebab practical training,,,ummm,,sedey..tapi takpe laa,,,at least, there's something we have done together ryte?


haa,,,ni time jamuan klass kitorang,,,plan da last minit,,,selalunya ade bbq,,tapi memandangkan cuti study week yg tak berapa nak panjang,,beli kepsi pon jadi laa kann? :)






















Sunday, March 20, 2011

110301 Dream High Special Concert [Full]





dream high! bess giler woo,,,addict da ngan lagu2 dlm cter nihh,,,,ekcely, aku suke tgok suzi ngan taecyon je,,,ala,,,taecyon 2pm tuh,,,xkan laa x kenal?hahaha (*-*) errr,,,aku pon baru kenal. :P
stkt ni,, x abes tgok lagi laa,,,,bz kot skrg. nak p copy kt kwn pon x sempat.sedey giler!

Dream High Ep 10 - Live show (Japan) - 2PM Taecyeon, Kim Soo Hyun, Miss ...